FOCUS: January 2006

Sunday, January 29, 2006

Di mana "KETENANGAN"


oleh ustaz Hasrizal

Hujung minggu baru-baru ini, syarikat saya diminta oleh pihak sebuah IPT menjalankan kursus kesedaran diri untuk pelajar-pelajarnya (KPPD). Ia adalah program yang dirancang secara ‘bidan terjun’ kerana pada masa yang sama fasilitator kami sedang menjalankan program bersama top management sebuah bank terkemuka di tanah air.

Polisi syarikat kami, melaksanakan program kepada pelajar direkodkan di dalam fail TANGGUNGJAWAB SOSIAL. Walaupun agak tertekan dari segi sumber tenaga fasilitator, namun kami tetap menerimanya. Ia adalah zakat kami dalam melakukan kerja-kerja dakwah. Peserta kali ini terdiri daripada golongan siswazah yang agak istimewa. Bukanlah mereka itu orang kurang upaya atau berIQkan Adi Putra. Mereka ini semuanya dari kumpulan pelajar yang CGPAnya 2.0 ke bawah, sudah diberi amaran terakhir atau baru sahaja dibuang dari universiti. Mereka ditawarkan untuk masuk balik menyambung pelajaran, dengan syarat mereka mengikuti kursus tersebut.
Kira-kira 50 orang daripada yang ditawarkan telah menyahut seruan. Mereka datang dengan berat hati tapi demi mendapatkan kembali tempat di universiti, dilawan juga perasaan tu. Pelajar yang datang ni hebat-hebat. Dari yang berseluar ketat dan baju cukup-cukup tutup kulit badan, sampailah kepada yang bertindik lidah dan bibir. Bersinar-sinar tempias cahaya tindik itu apabila menjawab soalan semasa dalam kursus.

Semasa kursus tersebut kami cuba menyedarkan peserta tentang persoalan terbesar mereka. Selama ini mungkin ada yang berkelakuan liar, berbahasa kasar, kaki gaduh, merempit seakan-akan ‘mahu mati di jalan yang lurus’, dan pelbagai lagi perbuatan sonsang, semuanya adalah ke arah mahu menyelesaikan persoalan besar ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah soal TUJUAN HIDUP.

Secara ringkasnya, para peserta dibawa berbincang, bersembang, berkongsi rasa tentang 7 Skrip Kehidupan iaitu:

1
ARAH - HIDAYAH

2
TUJUAN - IBADAH

3
JALAN - ISLAM

4
BEKALAN - SOLAT

5
DORONGAN - BAHAGIA

6
PENGHALANG - DOSA

7
AKHIR - MATI

Syukur Alhamdulillah. Di akhir kursus, hampir kesemua peserta memberikan reaksi yang positif. Dari yang biasa-biasa, hinggalah kepada yang bertindik tadi. Syukur ya Allah, sememangnya Engkau lebih suka memberi AMPUN dan PETUNJUK daripada MENGHUKUM kesalahan hamba-Mu. Semasa saya membaca borang penilaian kursus, hati saya amat tersentuh malah akhirnya saya mengalah hingga berhamburan air mata. Antara yang dicatat di situ:

“Terima kasih Allah. Saya bersyukur kerana dapat datang ke kursus ini. Sesungguhnya Engkau telah tunjukkan yang Engkau masih sayang kepadaku kerana memilihku untuk datang ke kursus ini. Barulah saya tahu hidup saya ini sebenarnya untuk apa”

“Setelah 21 tahun hidup, hari inilah kehidupan saya baru bermula. Saya sudah tahu saya hidup untuk apa”

“Inilah hadiah harijadi saya yang paling berharga. Saya sudah tidak peduli apa yang orang fikir tentang saya. Selama ini saya sentiasa mengutuk diri sendiri kerana tidak secantik orang lain, tidak sepandai orang lain. Tetapi hari ini saya hanya mahu buat apa yang terbaik untuk saya dan saya hanya akan peduli apa yang Allah ‘fikirkan’ tentang saya. Saya tidak lagi mahu hidup as a loser!”

Banyak lagi ulasan mereka yang cukup menyentuh hati. Saya doakan agar mereka terus beristiqamah dan dapat mengekalkan momentum kesedaran itu selepas pulang dari kursus. Beberapa hari yang lalu, kami menghubungi salah seorang peserta tersebut dan dia amat gembira lagi terharu menerima panggilan telefon dari kami. Katanya, “saya masih gembira selepas kursus, hingga ke hari ini.”

Persoalan saya di sini ialah tentang nasib mereka di kampus sana. Jika dilihat pada gaya pakaian dan cara pergaulan pelajar-pelajar ini, mungkin mereka bukanlah kumpulan yang mendapat perhatian dakwah dan pendakwah di kampus. Malah jika mereka didekati oleh dakwah dan pendakwah, mungkin mereka juga akan melarikan diri. Kita boleh gelapkan mata dari mengambil peduli terhadap mereka, namun percaya atau tidak, mereka adalah golongan yang ramai. Mereka bukan sahaja ramai di kampus, malah sebenarnya mereka adalah golongan yang ramai di dalam masyarakat itu sendiri. Sekurang-kurangnya di bandar-bandar utama seperti KL, JB, Penang malah Sungai Petani barangkali.

Mengapakah dakwah sukar untuk mendekati golongan ini? Sedangkan mereka amat mengalu-alukan bimbingan kami semasa menghadiri kursus. Mereka tidak menolak dakwah kami, malah mereka menyuarakan hasrat untuk terus berkawan dengan kami.

Inilah yang mendorong saya kepada mencoretkan kisah ini agar ‘lingkungan kami’ itu menjadi semakin besar dengan kebersamaan saudara. Analisa saya mungkin betul mungkin salah, tetapi anggaplah ia sebagai sebahagian usaha saya ke arah mengajak saudara kepada muhasabah dakwah agar setiap hari dakwah kita adalah kepada yang lebih baik.

Mungkin ada yang berpendapat, kejayaan kami adalah disebabkan oleh latar belakang sebahagian tenaga utama kami yang dahulunya berada di dalam pergerakan al-Arqam. Al-Arqam memang dikenali pada suatu ketika dengan kemahirannya ‘menyentuh hati’ walaupun akhirnya ia binasa lantaran pendustaan konsisten Sheikhnya terhadap Allah dan Rasul. Pada saya, hubungkaitnya dengan al-Arqam tidak relevan. Saya tidak ada kena mengena dengan al-Arqam malah saya dan kami semua telah berusaha bersungguh-sungguh ke arah memastikan bau-bau al-Arqam tidak melekat ke tubuh kami.

Hadith-hadith palsu dan majhul, kisah-kisah yang entah dari mana sumbernya dan pelbagai racun agama, telah kami keluarkan bukan sahaja dari slide dan modul, malah daripada pemikiran fasilitator kami, jika ada. Syukur dengan sedikit sebanyak pengetahuan saya semasa belajar di Jordan, dapatlah saya buktikan bahawa manusia boleh disedarkan tanpa perlu kepada mengambil hadith palsu dan khabar majhul. Saya amat bersetuju dengan kenyataan Maszlee Malik semasa membuat ulasan tentang dakwah Amr Khalid, motivator terkenal di tanah Arab.

*Berjayakah sistem pendidikan kita??? @ Berjayakah Ustaz Hasrizal kita???

Saturday, January 28, 2006

Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk


Oleh taraknama@gmail.com

Buat renungan bersama : Teladan Dari Kisah Hidup Mustafa Kamal Attartuk .

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10.Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11.Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12.Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14.Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16.Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17.Menghapuskan penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18.Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama

48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia.

sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu,

Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Wassalam...

*agaknya...sama x dgn dlm buku sejarah???

kisah "HASIL" kamal attarturk


oleh ustaz hasrizal,

"MERHABA!", tiba-tiba anak muda yang duduk di sebelah saya menyapa.

"Merhaba!", saya membalas sambil melemparkan senyuman.

Anak muda itu nampak agak lega apabila saya tersenyum. Mungkin selepas lebih tiga jam perjalanan, dia pun sudah naik bosan dan mula mencari kawan berbual.

"Sizin memlaketiniz ne (kamu dari negara mana)?" soalnya lagi.

"Oh, saya dari Malezya (sebutan Malaysia dalam Bahasa Turki)", saya menjawab.

Anak muda itu memperkenalkan dirinya sebagai Ercan. Dia menuntut di Çanakkale Onsekiz Mart Üniversitesi di bidang Sains Komputer. Apa yang menarik perhatian beliau untuk berbual ialah kerana dokumen yang berada di tangan saya. Saya sememangnya sudah sedar sejak awal lagi yang perbuatan saya membaca salinan manuskrip ini diperhatikan.

"Apa yang kamu baca tu?", Ercan nampak berminat untuk tahu.

"Ini adalah salinan manuskrip yang ditulis oleh vakanuvis semasa Perang Sultan Selim di Kaherah.", saya menunjukkan salinan itu kepada Ercan. Ia adalah salinan dokumen yang diberi oleh Hasan di Ankara kepada saya. Hasan berharap supaya satu hari nanti saya dapat menguasai kemahiran membaca manuskrip Othmaniyyah.

"Vakanuvis? Apa tu, saya tak pernah mendengarnya?", beliau nampak seakan keliru dengan penjelasan saya.

"Vakanuvis ialah istilah Othmaniyyah. Ia merujuk kepada seorang pekerja yang dibayar gaji oleh kerajaan Othmaniyyah untuk mencatatkan peristiwa-peristiwa di sepanjang tempoh yang ditugaskan kepadanya. Ia adalah gabungan dua perkataan daripada dua bahasa iaitu Vaka dan Nuvis. Vaka itu Bahasa Arab, kalimah asalnya waqaai' (peristiwa). Manakala Nuvis pula adalah perkataan Parsi yang memberi maksud penulis atau pencatat", Saya cuba menjelaskan kepada Ercan tentang sesuatu yang sepatutnya saya pelajari darinya. Ia sejarah datuk nenek Ercan, tetapi hari ini kami beralih kerusi.

Ercan terpana mendengar penjelasan saya. Dia semakin hairan. Saya dapat mengagak latar belakang beliau. Dengan rantai emas di leher dan gaya anak muda yang agak 'liberal', saya rasa Ercan bukanlah dari keluarga yang berlatarbelakangkan Islam. Ia memang fenomena yang biasa di bandar-bandar Wilayah Ege. Wilayah itu dipengaruhi Greece dan sehingga kini jurang penduduknya dengan Islam amat ketara. Sebab itulah saya tidak pernah berminat untuk merayau di bandar-bandar seperti İzmir.

Suasana di Turki tidak sama seperti di Malaysia. Jika di negara kita, adalah menjadi suatu kebiasaan sebuah keluarga mempunyai corak yang pelbagai. Anak Islamik, ayah sekular, ibu tak tahu apa. Tetapi di Turki tidak begitu. Mungkin kerana implementasi sekularisma dilakukan secara agresif, masyarakat Turki terpecah dua. Bagi golongan yang kuat berpegang dengan Islam, mereka, ahli keluarga dan kawasan jiran mereka semuanya Islamik. Namun bagi yang sekular, mereka langsung tiada hubungan dengan golongan yang berpegang teguh dengan Islam.

Inilah yang jarang disedari oleh rakyat Malaysia apabila mereka ke Turki melalui pakej. Agensi pelancongan yang menguruskan lawatan mereka ke Istanbul, akan menempatkan orang kita di kawasan pelancongan seperti Taksim dan lain-lain. Tentulah salah pandangan yang kita perolehi sebab kawasan Taksim memang teruk. Majalah lucah di kaki lima jalan, Kelab Tarian Gelek, Kelab Gay, semuanya ada belaka. Jika tiada sebab, orang-orang Turki yang komited dengan Islam tidak akan melintas kawasan Taksim...

"Hasrıza, kamu Muslim?", Ercan menyoal saya. Agak sukar untuk dia menyebut nama saya seperti yang tertera di surat beranak. Biasanya saya akan permudahkan dengan menyebut Has-Rıza yang boleh diertikan sebagai "keredhaan yang istimewa" di dalam Bahasa Turki.

"Ya saya Muslim, Elhamdulillah. Mengapa kamu tanya begitu?", saya menyoalnya kembali.

"Engkau sembahyang ke? Berapa kali sehari?", Ercan terus menyoal dan wajahnya semakin tidak ceria.

"Ya, saya sembahyang. Tentunya lima kali sehari. Engkau pula macam mana?", saya cuba menduganya.

"Saya pernah sembahyang. Tetapi sejak masuk universiti saya sudah tidak sembahyang lagi", keluh Ercan.

"Tapi saya berasa hairan, apa yang menyebabkan engkau belajar manuskrip Othmaniyyah. Engkau datang dari jauh, semata-mata untuk belajar sejarah datuk nenekku, sedangkan aku sendiri tidak tahu apa-apa mengenainya.", Ercan cuba meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama dia memerhatikan saya membaca manuskrip tersebut.

"
Ercan, soalan yang sama pernah ditanya oleh seorang Profesor semasa saya membuat kajian di Perpustakaan IRCICA di Istanbul. Dia mahu mengetahui apa sebenarnya motif saya belajar sejarah Othmaniyyah. Semasa itu saya sedang mengumpulkan tulisan seorang Pegawai Belanda di Indonesia iaitu Snouck Hurgronje. Engkau pernah dengar nama itu?", saya menyoal.

"Entah, tak pernah pula saya mendengarnya. Tetapi, apa yang engkau jawab kepada Profesor tersebut?", Ercan nampak ghairah untuk tahu.

"Sebenarnya, saya rasa kita orang Islam menghadapi masalah keyakinan diri. Macam di negara saya, apabila disebut yang kita kena kembali kepada Islam, ramai yang memandang sinis. Mereka rasa kembali kepada Islam itu semacam cubaan menukar dunia moden hari ini kepada tamadun hitam putih sebagaimana yang ditonton di televisyen. Apatah lagi untuk menyebut tentang pemerintahan Islam.

Jadi, kerana itulah saya mengkaji polisi-polisi luar kerajaan Othmaniyyah, khususnya di era kejatuhan selepas zaman kemuncak Kanuni Sultan Suleyman. Zaman tersebut menyaksikan banyak sekali komunikasi orang Islam di Kepulauan Melayu dengan Khilafah Othmaniyyah. Saya mahu buktikan kepada orang Malaysia bahawa mereka pernah menjadi sebahagian daripada kehebatan kerajaan Othmaniyyah. Sultan-sultan di Tanah Melayu akrab dengan Khalifah. Malah hingga ke hari ini, ada sebuah meriam pemberian Khalifah bernama Lada Secupak, masih gagah berdiri di bumi Acheh. Saya mahu menjadi ahli sejarah, tetapi bukan ahli akademik yang terperangkap di dunia akademiknya. Saya mahu turun ke rakyat, dan bantu semua orang faham Sejarah Othmaniyyah", saya menjawab dengan panjang jela.

Penat juga saya memerah kepala untuk mencari kalimah-kalimah Turki bercampur Inggeris supaya Ercan memahami penjelasan saya.

Pada masa itu Ercan kelihatan sugul. Wajahnya yang ceria sudah pudar seperti menelan sesuatu yang pahit. Dia seakan-akan tertekan dengan penjelasan saya.

"Maafkan saya Ercan, saya tidak bermaksud menyusahkan hatimu. Apa yang sedang engkau fikirkan?", saya cuba mengorek hati dan fikirannya.

"Engkau tahu mengapa selama ini saya tidak pernah tahu apatah lagi untuk berbangga dengan sejarah datuk nenek saya?", soalnya kepada saya.

"Sebabnya mudah sahaja. Walaupun saya masih keturunan mereka, tetapi sebenarnya kami sudah terputus hubungan. Saya sudah tidak mampu membaca hasil tinggalan Othmaniyyah, bukan sekadar warisan Fatih Sultan Mehmet, malah datuk saya sendiri. Saya sudah tidak boleh membaca catatannya sebab dia mencatat dengan huruf Arab. Saya tidak boleh membaca Bahasa Othmaniyyah malah saya tidak tahu membaca Kuran (al-Quran). Bagaimana saya boleh menjadi seorang cucu seandainya saya tidak boleh memahami bahasa datuk saya sendiri!", keras sekali Ercan menyatakan rasa hatinya.

Jalanraya sudah mula menyusuri pantai Marmara. Çanakkale hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi. Perbualan kami hening seketika. Ercan merenung keluar dan saya hilang bicara.

Saya bersimpati dengan Ercan. Dia adalah mangsa kepada kejahatan Ataturk dan regimnya. Pada tahun 1928, Ataturk telah mengambil keputusan untuk menukar Bahasa Turki daripada ditulis dengan menggunakan huruf Arab, digantikan dengan huruf Latin. Kabinetnya sendiri ragu-ragu dengan keupayaan mereka untuk melaksanakan revolusi ini. Ataturk pernah bertanya kepada mereka tentang hal ini dan kabinetnya menjangkakan masa yang diperlukan adalah selama 5 tahun.

"Baik, jika begitu, kita teruskan dan saya mahu ia berjaya dalam tempoh lima bulan!", titah Ataturk.

Keputusan itu adalah keputusan yang maha besar. Mencabut tulisan Arab dari bahasa umat Islam akan secara langsung menjauhkan mereka dari sumber Islam itu sendiri. Mereka akan buta al-Quran dan buta agama. Malah yang paling menakutkan ialah, berlakunya keputusan rantai antara dua generasi. Ercan adalah salah seorang daripadanya. Kerana berubah huruf, Ercan sudah tidak mampu membaca surat datuknya sendiri. Mereka berkongsi darah dan keturunan, tetapi hakikatnya mereka adalah dua generasi yang terputus.

Renung sahaja keadaan di Malaysia. Generasi yang menjadi mangsa tangan Khir Johari tentu faham dengan apa yang saya maksudkan. Bahasa Turki, Bahasa Parsi, Bahasa Urdu, malah Bahasa Melayu, semuanya cuba diceraikan dari huruf Arab. Malah Bahasa Arab sendiri cuba dirosakkan apabila penyair-penyair digalakkan menulis sastera di dalam bahasa pasar. Ia bukan semata-mata soal bahasa, tetapi jati diri dan keyakinan terhadap agama turut terheret sama. Insya Allah suatu hari nanti, saya akan ceritakan tentang perjuangan Recep Küpçü, di Bulgaria yang syahid kerana mempertahankan Bahasa Turki di dalam silibus sekolah Bulgaria.

Saya berjabat tangan dengan Ercan apabila bas kami berhenti di Çanakkale Otogar (Stesyen Bas Çanakkale).

"Terima kasih kardeşim, teruskan membaca tentang datuk nenekku, moga suatu hari nanti kita bertemu, aku akan kenal siapa diriku. Moga kukenal siapa Tuhanku. Ingat pada janjimu. Ahli sejarah yang turun kepada orang ramai. Jangan jadi ahli akademik. Aku tidak mahu melihat engkau di Fakulti Sejarah universitiku!", Ercan menggenggam erat tanganku sambil tersenyum.

"İnşallah. Hingga kita bertemu lagi. Jangan lupa solat. Saya pasti itu sebahagian pesan datuk nenekmu!", gurauku kepadanya.

Manuskrip yang berada di tanganku kupegang erat. Semoga Allah memberi kekuatan untukku selami lautan yang luas ini. Mudah-mudahan kegemilangan Othmaniyyah dapat kuhidang kepada ummah. Bersemadilah engkau wahai Ataturk, dalam kemurkaan Tuhan yang Esa. Islam akan dikembalikan ke takhtanya.

*adakah wujud Ercan versi malaysia agaknya???

Thursday, January 26, 2006

Palestine PM resigns over 'Hamas victory'












"Hamas has won more than 70 seats in Gaza and the West Bank, which gives it more than 50 percent of the vote," said the organisation's Ismail Haniyeh.

But some exit polls put Fatah in the lead - the party which has dominated Palestinian politics for decades - and no final results have been announced.

Hamas, whose charter calls for the destruction of Israel, capitalised on Fatah's internal division and its reputation among Palestinians for corruption and mismanagement. Hamas has largely respected a truce for a year.

Turnout was 78 per cent of more than 1.3 million voters and voting was peaceful and orderly despite weeks of armed chaos, notably in Gaza, that had prompted fears of a delay

The Palestinian Prime Minister and his cabinet have resigned amid an apparent election victory by the militant Islamic group Hamas.

Ahmed Qurie and his cabinet tendered their resignations to President Mahmoud Abbas after Hamas claimed victory over his ruling Fatah party.

A leader from the militant Islamists, Hamas, said earlier it has won a majority of seats in the parliament.

* akhirnya palastine mengekori algeria dan turkey.

Wednesday, January 25, 2006

Passive Income & Compounding Interest



Orang yang menyimpan RM 100 sebulan, dalam satu instrumen kewangan yang memberi purata pulangan 10% setahun, bermula umurnya 25 tahun, selama 25 tahun (umur 50 tahun), maka dia akan mendapati duitnya berkembang sebanyak kira-kira, RM 123.332,53 dan duit yang digunakan hanya RM 30.000.00.

Tetapi orang yang menyimpan RM 300, dalam satu instrumen kewangan yang juga memberi pulangan 10% setahun, bermula umurnya 45 tahun, selama 10 tahun (umur 55 tahun), akan mendapati duitnya hanya berkembang menjadi RM 59.959,16 dan duit yang digunakan pula RM 23.959,16.

Menarik kan, apa yang dinamakan compounding interest itu tadi.

Paper asset sebegini boleh dijadikan salah satu daripada passive income kita, selain dari melabur di hartanah dan juga perniagaan. Passive income adalah waktu duit bekerja untuk kita, dan kita boleh tidur.

Sebenarnya konsep-konsep ini telah disebut oleh Muhammad b Abdullah, manusia teragung, tetapi ia berkait dengan saham akhirat.

"Apabila meninggal anak Adam, terputuslah amalnya kecuali dari tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakannya.” (HR. Muslim no. 1631)

1. Sedekah Jariah
Walaupun cuma kita boleh bagi RM 1 sahaja, tapi kebaikannya akan berterusan sampai hari kiamat. Lagi banyak kita keluarkan duit nak tolong orang, lagi banyak kebaikan kita akan dapat sampai ke hari kiamat. Tapi takkanlah dari dulu kini dan selamanya nak keluarkan sedekah RM 1 je? Tak mengidam ke nak sedekah sampai RM 1 000 000 ke? RM 10 000 000 ke?

2. Ilmu yang bermanfaat
Passive income untuk semua daripada kita adalah kita perlu mengajar orang lain segala ilmu yang membawa manfaat. Apa-apa sahaja ilmu, asalkan ia tidak membawa keburukan.

3. Anak yang soleh yang mendoakannya
Ini yang paling sukar. Anak senang nak dapat. Tapi anak soleh? Maka beruntunglah mereka yang telah mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh. Tapi kan lebih bagus, kalau kita sendiri menjadi orang yang soleh, yang mendoakan untuk kedua ibu bapa kita?

3 perkara ni adalah passive income, untuk memastikan cashflow pahala kita berterusan walaupun kita sudah mati nanti. Alahai, berapa sangatlah cash yang mampu kita bawak bila mati? Cuba fikir cash kita? Solat jemaahnya. Puasa sebulan lengkapnya. Hajinya. Zakatnya. Aqidahnya. Fikir lah sendiri kemampuan kita bawak cash berjumpa Allah nanti.

Orang yang kaya di dunia pun passive income dia adalah lebih besar dari cash yang dia ada. Sebab tu orang kaya releks je. Orang tak kaya, pergi bercuti, duit keluar. Tapi orang kaya, pergi bercuti pun duit masuk poket.

Nak kaya di akhirat pun begitu jugak kan. Kalau rasa-rasalah cukup cash yang kita ada tu takpelah. Tapi alangkah lebih baiknya kalau passive income tu besar dan banyak. Yelah, bawak duit cash ni, kadang-kadang tercicir, kadang-kadang kena curik, kadang-kadang kena rompak.

Pilihan di tangan anda!

*apakah hukum ASB ASN???1 . 2

Saturday, January 21, 2006

Al-Qaeda Leader Osama Bin Laden in New Audio-Recording Threatens New Attacks in the US



Following are excerpts from Al-Qaeda leader Osama bin Laden's latest audio recording, which was aired by Al-Jazeera TV on January 19, 2006.

Osama bin Laden: My message to you refers to the war in Iraq and in Afghanistan, and how to bring about its end. I did not intend to talk with you about this subject because for us, the matter has been decided. Only iron can defeat iron. Our situation, Allah be praised, is getting better and better, while it is the opposite with your situation.

But what has led me to speak is the repeated words of deception by your president Bush, in his interpretation of the results of public opinion polls among you, which showed that the overwhelming majority of your public wants to withdraw the forces from Iraq – but (Bush) opposed this and said that withdrawing the forces would convey the wrong message to the adversaries, and that it is preferable for us to fight them on their soil, rather than for them to fight us on our soil.

My answer to these words of deception is: The war in Iraq is raging without cessation, and the (military) operations in Afghanistan are constantly escalating - to our advantage, Allah be praised. The Pentagon figures indicate a rise in the number of your dead and wounded, in addition to the huge material damage.

[...]

I say that the poll results please the wise (among you), and that Bush's rejection of these results is a mistake, and that reality shows that the war against America and its allies has not remained limited to Iraq, as he claims, but rather, that Iraq has become a source of attraction and recruitment of qualified people.

On the other hand, Allah be praised, the mujahidun have managed repeatedly to break through all security measures taken by the oppressing coalition countries. Proof of this is the bombings you have witnessed in the capitals of the most important European countries that are members of this hostile coalition.

As for the delay in similar operations in America – this has not been due to any inability to break through your security measures. The operations are being prepared, and you will witness them, in your own land, as soon as the preparations are complete, Allah willing.

[...]

Based on what I've said, it can clearly be seen that Bush's words are false, but what he refrained from saying – and this is the essence of the poll results, which favor troop withdrawal - is that it is better that we do not fight the Muslims on their soil, and they will not fight us on our soil. We have no objection to responding to you, regarding a long-term cease fire under fair conditions, which we will uphold. We are a nation forbidden by Allah to betray and lie. Under such a cease fire, both sides will enjoy security and stability, and we will build Iraq and Afghanistan, which have been destroyed by the war. There is nothing wrong with this solution, except that it will prevent the flow of hundreds of billions to people of influence and to the merchants of war in America, who supported Bush's elections campaign with billions of dollars.

[...]

In conclusion, I say to you that the war will be won either by us or by you. If it's the former, loss and disgrace will be your lot for all eternity, and, Allah be praised, this is the way the wind is blowing. If it is the latter, you should read the history (books). We are a nation that does not remain silent over injustice, and we seek blood vengeance all life long. Not (many) days and nights will pass before we take blood vengeance, like we did on 9/11 – Allah willing.

If your minds remain worn out and your lives remain miserable, things will progress towards that which you hate. As for us – we have nothing to lose. He who swims in the sea does not fear the rain. You have occupied our land and violated our honor. You have shed our blood and plundered our property. You have destroyed our homes and banished us. You have harmed our security, and we will pay you back in kind.

*Tak ramai orang yang ada semangat mcm ni.Matlamat dan perjuangan dah betul...cara dan tempat pula yang silap...
*“Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berperang di jalan-Nya dengan berbaris-baris seolah-olah mereka itu satu bangunan tembok yang tersusun” (As-Soff : 4).

Friday, January 20, 2006

5 PROPOSITIONS FROM THE "FUTURE FASTFOWARD"



1-The rapid and irreversible decline of the zionist anglo-american empire (anglo-american=british and american).
2-The inevitable nuclear war.(inevitable=unavoidable).
3-Israel is the linchpin to the coming nuclear war.(linchpin=kalu dlm enjin keter spark plugla).
4-The end of empire capitalisme.
5-By the middle of the 21st century,national borders will be realigned.The 21st century world map will be quite different from what we are accustomed to.

*Matthias Chang hanya menjangka berdasarkan fakta-fakta yang dia ada.
*Sedikit biografi:
-Bekas sekritari politik Mahathir.
-Berumur 29thn dlm karier guamannya.
-Seorang berbangsa cina Christian chatolic dan anti-zionist.

*Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)". H.R. Bukhari Muslim

*
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan". H.R. Ibnu Majah

Wednesday, January 18, 2006

TERRORISME ,"WAHHABISME",SALAFISME,QUTUBISME…


Bismillahhirrrahmaanirrahim...

Mari kita berkongsi sedikit ilmu…wahhabisme yg digembar gemburkan suatu ketika dulu adalah istilah yg baru direka dizaman kejatuhan pemerintahan islam terakhir iaitu empayar uthmaniah.Pada ketika itu ajaran islam telah banyak dicemari oleh perkara-perkara baru dalam ibadah(bida’ah), sehinggalah perkara yang membawa kepada syirik(polytheisme dan superstitions).Amalan menziarahi kubur ulama’ atau orang-orang yang dipercayai dekat dengan allah ketika ditimpa kesusahan adalah sudah menjadi kebiasaan kebanyakan masyarakat islam di zaman itu.Ketika itulah bangkit segolongan muslim yang diketuai oleh Muhammad ibn ‘abdul-wahhab menghalang perbuatan-perbuatan mengubah agama islam ini dan membawa muslim lain kepada tawhid(monotheism).Oleh kerana umat islam ketika itu sudah biasa dengan amalan-amalan turun temurun yang telah disebutkan tadi,maka, Muhammad ibn ‘abdul-wahhab dan pengikutnya telah dimomokan dengan gelaran wahhabi sempena namanya.Dari sinilah wujudnya perkataan wahhabi.

Muhammad ibn ‘abdul-wahhab sebenarnya membawa ajaran islam yang sebenar yang berlandaskan al-quran dan hadith yang menjadi amalan salaf.Salaf adalah 3 generasi terbaik islam iaitu generasi Rasullallah saw dan sahabat, dan 2 generasi seterusnya daripada tabi’ tabi’in.Maka amalan dan pemikiran mereka disebut salafisme.Ajaran islam inilah yang patut kita ikuti.Amalan islam yang kita amalkan hari ini adalah mengikut Imam Syafi’e yang merupakan Ulama Salaf yang muktabar. Begitu juga mazhab-mazhab yang lain.Walaupon amalan kita ini sebenarnya dicemari amalan bid’ah seperti adat talkin,kenduri arwah(kirim pahala) dan sebagainya.Oleh kerana Muhammad ibn ‘abdul-wahhab terkenal dengan wahhabi, maka sehingga ke hari ini,apa sahaja yang dianggap baru oleh masyarakat islam setempat dipanggil wahhabisme walaupon perkara itu adalah ajaran islam yang sebenar.Oleh itu,istilah wahhabisme sebenarnya tidak patut wujud dan diganti dengan istilah sebenarnya salafisme.

Apabila para pengkaji politik islam barat mengaitkan wahhabisme dan terrorisme dan mengatakan Osama bin laden dan terrorist islam lain.merupakan wahhabi.Maka, di sinilah perlunya untuk mengetahui qutubisme.Qutubisme adalah satu pemikiran yang di bawa as syahid Sayyid Qutb.Beliau yang pada mulanya merupakan penulis sajak dan artikel mengenai sosial dan politik mengikut pandangan sekular bermula 1920 kemudiannya bertukar kepada mengikut perspektif islam berdasarkan pengetahuan islam yang terhad pada 1948.Selepas pulang dari US pada 1950 dia menyertai gerakan ikhwanul muslimun yang diasaskan oleh as syahid Imam Hasan albanna dan menjadi orang kuat gerakan itu.Apabila gerakan itu diharamkan,dia menghabiskan seluruh hidupnya sebagai tahanan penjara dari 1954 kecuali pada 1964-65 dan menjalani hukuman mati pada 1966.

Oleh kerana ilmu islam yang kurang dan dipenjarakan menyebabkan perubahan pemahamannya tentang islam berdasarkan apa yang dialaminya.Akibatnya,penulisannya menjadi radikal masa demi masa.Antara bukti misunderstand beliau tentang islam adalah kitab tafsir al-quran karangannya yang bertajuk "Fee Dhilaalil-Quran" banyak mendapat kritikan ulama ketika itu dan masa kini seperti Dr yoosuf al qaradawee,Syekh Muhammad ibn sallehal-‘Uthaymeen,Syekh Saaleh al-fawzan dan beberapa ulama lain.Walaupun ilmunya tidak sehebat ulama tetapi kerana semangatnya,akhlaknya dan penulisannya menyebabkan wujud pengikutnya.Walaupun as syahid syed qutb sudah tiada lagi,namun pemikiranya(Qutubisme) menjadi ikutan hingga ke hari ini.Qutubisme sampai kepada Osama melalui Qutubist As syahid Abdullah Azam(Palestinian) yang telah syahid ketika menentang soviet di Afghanistan.Osama dan orang kanannya Ayman al-Zawahiri merupakan anak murid kepada As syahid Abdullah azam.Disebut juga qutubist Abu Qatada yang menyebarkan qutubisme ke Algeria UK dan Perancis.Akibatnya banyaklah yang disebutkan terrorist muslim.Sedangkan dalam berperang sekalipun islam ada memberi garis panduan supaya tidak membunuh kanak-kanak,orang tua,wanita(selagi kita tidak diserangi mereka) dan tidak menebang pokok.

  • lagi mengenai as syahid syed qutb

  • *Tulisan ini hanyalah rumusan daripada pendapat penulis Haneef James Oliver dalam bukunya yang bertajuk “The `Wahhabi` Myth” Dispelling Prevalent fallacies and the fictitious link with bin laden.

    *Semoga dapat memberi manfaat dan ilmu yang berguna…

    * Daripada 'Auf bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh satu golongan, maka hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan yang tujuh puluh lagi akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah-belah menjadi tujuh puIuh dua golongan, maka tujuh puluh satu golongan masuk neraka dan hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diri ku di dalam kekuasaannya, umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan tujuh puluh dua lagi akan masuk neraka. Sahabat bertanya, mana yang selamat"? Nabi saw. menjawab, "Mereka adalah jamaah". (Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah).

    H.R Ibnu Majah

    Wallahua’lam…

    Sunday, January 15, 2006

    Kapitalis dan Duit Kerta

    artikel ni bkn aku tulis...tapi aku rasa baik utk dibaca....

    Kiriman ambo[a]jutawaninternet[dot]biz

    hai lis & sar

    pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd & 3rd generation. Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

    Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

    Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

    Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

    1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)

    2. emas dan perak

    Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

    Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC - THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era 'haus kerana tidak ada air' dan 'bergelap kerana tiada minyak' menurut kata penganalisis dunia).

    Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

    Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. "don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti. Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

    Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

    MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy."

    Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go lower".

    Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

    Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis within 5 years".