FOCUS: Dunia akhir zaman

Friday, March 24, 2006

Dunia akhir zaman


Apa nak jadi dgn iraq....
Angka kematian tiap hari meningkat.Purata angka kematian terkini 60 orang per hari.Satu-satu negara umat islam hancur atas nama menentang keganasan oleh pencinta keamanan "GEORGE buLLshIT",mungkin lebih tepat israel.Israel merupakan lobi terkuat di Amerika.Setiap kali pilihan raya,Israel akan membuat deal dgn parti yang akan di sokongnya,yang akan memelihara keamanan Israel dan agendanya.Untuk memenangi pilihanraya memerlukan kuasa dan wang.Israel ada wang itu untuk bush."aku akan beri sokongan sepenuhnya kepada kau bush dalam segala aspek dengan syarat ko mesti mengikut sedikit telunjuk aku",ujar Israel dgn zionismenya.Lihat sahajalah Malaysia,kajian kebebasan media sedunia menunjukkan malaysia berada dalam ranking 138 drpd 150 negara.Apabila parti lain menang di satu-satu negeri,maka bantuan kewangan dirampas.Cara ini berjaya apabila pilihanraya berikutnya,berjaya merampas kembali.

Maka...satu-satu negara islam jatuh tersungkur,walaupun ada yang bangkit,yang jatuh lagi ketara.Bermula jatuhnya sistem khalifah di Turki,dipecahkannya umat Islam kpd negara-negara untuk menghilangkan kesatuan.Terjadilah seperti di acheh,bosnia,afghanistan,iraq dan lain-lain lagi.Sekarang,Amerika sedang membuat rancangan untuk menyerang Iran.Sedang negara Islam lain menyibukkan rakyatnya dengan hiburan-hiburan.Sungguh berjaya dasar-dasar mereka untuk melumpuhkan umat agama Allah ini.Four times they said publicly that this was the third (world) Crusader war,sedang umat Islam tidak semua yang sedar.Sedang umat islam diIraq sedang menghadapi rancangan jahat Amerika.Apabila melihat tentera perikatan sekian hari demi hari banyak yang terbunuh,sehingga rakyat Amerika dan perikatannya sendiri mendesak supaya tenteranya berundur.Mereka cuba dengan taktik lain...

Di Iraq Umat islam terbahagi 3,puak kurdis yang ditindas Saddam 5%,puak syiah 45% dan sunni 50% lebih kurang.Puak kurdis mmg menyokong Amerika,sementara syiah dan sunni ada tentera pemberontak di kalangan mereka,untuk mempertahankan tanah air mereka.Untuk mengelakkan pembunuhan tentera perikatan,mereka telah membuat pelbagai rancangan untuk melagakan puak penentang syiah dan sunni,antaranya mengebom masjid Samara,tempat suci puak syiah.Maka,berlakulah perang saudara di Iraq sedang mereka setiap hari menafikan realiti perang saudara itu.

Mmg sudah ditakdirkan Allah,agama Islam ini akan naik dua kali.Itulah yang disepakati ulama' berdasarkan al-quran dan as-sunnah.Islam naik begitu gemilang di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa' ar-rasyidin dan turunnya islam secara mendadak selepas Attartuk laknatullah dan akan terus turun.Ingatlah islam akan naik kembali sehinggalah Nabi Isa akan diturunkan di Damsyik,Syria bagi membunuh dajjal.Nadi Isa a.s akan memerintah dunia selama 40thn dalam keadaan yang cukup aman dan harmoni dalam Islam.Selepas itu,umat Islam akan kembali kufur,al-quran akan diangkat,tiada lagi azan,pusingan bumi akan berubah dan tibalah Malaikat izrail akan menjalankan tugasnya.Waktunya hanya Allah yang tahu,tetapi tandanya telah diberitahu.

Akan tetap ada org yang berjuang di jalan Allah di akhir zaman sehingga diturunkan oleh Allah nabi Isa a.s.Mereka berjuang di dalam semua aspek,dari mengucap kalimah syahadah sehinggalah dalam aspek pemerintahan.Bknlah dari kalangan mereka yang hanya ingin menegakkan negara islam tanpa menjalankan amal ma'ruf nahi munkar.Bknlah juga dari kalangan mereka yang hanya mementingkan soal ibadah tanpa memikirkan soal menegakkan negara islam.Kita manusia ada kehendak,diberi pilihan dan ikhtiar.Berdoalah semoga kita di dalam golongan itu.

1 Comments:

Blogger Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada tipsusaha jadi kaya. Banyak tips usaha jadi kaya di sini.

26/3/06 11:59  

Post a Comment

<< Home