FOCUS: November 2005

Wednesday, November 30, 2005

mengutuk dan dikutuk...

aku pon xtaula camana akunyer blog yg ntah paper ni sudah berbaur politik...mgkin sbb pengaruh rakan sebaya dan apa yg aku suka baca kblkgn nih...mgkn juga sebab menarik kot(xde idea sbnrnya)...kt tgk dua artikel nila...satu dr trganukini dan satu lg dr selangor daily...dua2 saling kutuk mengutuk...terplgla utk menafsirnya...hehe...


Alkisah, pada 5 Mei yang lalu Cucu telah bertemu dengan beberapa orang kroni Cucu yang baru sahaja menghabiskan pengajian di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang terletak di utara semenanjung. Memandangkan sudah agak lama kami tidak bertemu, maka bermacam tajuk yang kami perbualkan, bermula dengan isu pendidikan, politik, perniagaan dan isu semasa. Al-Maklumlah , kroni Cucu ini bukan calang-calang orangnya kerana semasa di IPTA terbabit sememangnya beliau banyak terlibat dengan aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Tambahan pula beliau turut menganggotai jawatankuasa perwakilan pelajar di IPTA terbabit selama beberapa penggal.

Dalam sibuk berbual, tiba-tiba kami sempat membuka tajuk panas itu berkenaan sikap sesetengan golongan ugama ataupun ulamak yang berpolitik demi untuk kepentingan sesuatu puak tertentu, dan bukannya untuk perjuangan bagi memartabatkan agama Islam dimuka bumi Allah ini. Cucu amat mengkagumi kebolehan beliau mengeluarkan pendapatan secara kritis dan sinis, malahan terkadang Cucu rasa diri ini semakin kerdil bila berbicara dengan beliau.

Setelah hampir 2 jam berbual, akhirnya tibalah ke satu isu panas yang sememangnya amat memualkan dan ditunggu-tunggu oleh sekalian pembaca semua. Maka itu eloklah berita ini Cucu hebahkan supaya seantero dunia tahu akan sikap tokoh agama ini yang sememangnya amat mengecewakan.

Kisah ini menurutnya berlaku beberapa tahun yang lalu, iaitu tatkala kroni Cucu ini ditahun akhir belajar di IPTA berkenaan. Memandangkan kebanyakkan mahasiswa tahun akhir akan menjejaki alam pekerjaan setelah tamat pengajian mereka maka sebagai orang kuat kroni Cucu ini telah menganjurkan satu program ilmiah berbentuk seminar kaunseling dan kerjaya dari perpspektif Islam.

Maka untuk menyemarakkan lagi program tersebut, pihak berkenaan telah bersetuju untuk mengundang beberapa orang pakar motivasi dan tokoh agama terkenal seperti Dr.Fadzillah Kamsah, Ustazah Siti Norbayah, Dr. Mashitah Ibrahim dan termasuk juga Datuk Ismail Kamus. Seperti yang telah umum ketahui, antara nama-nama popular itu, sudah pastilah nama Datuk Ismail Kamus terpaksa dikeluarkan kerana tidak mendapata kelulusan daripada pihak pentabdiran universiti terbabit.

Maka mereka telah memilih Dr.Fadzillah Kamsah , sebagai penceramah undangan bagi memeriahkan program tersebut. Apa yang menarik, selang beberapa hari sebelum program berlangsung Dr.Fadzillah Kamsah tidak dapat hadir dan memohon maaf atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Memandangkan masa sudah semakin suntuk, maka pihak penganjur terus menghubungi Ustazah Siti Norbayah, namun agak malang kerana beliau mempunyai aturcara lain ketika itu.

Akhirnya setelah mengadakan beberapa perbincangan, kroni Cucu dan rakan-rakannya ini terus menghubungi seorang lagi tokoh iaitu Dr.Mashitah Ibrahim. Alangkah bertuahnya mereka ketika itu, apabila Dr.Mashitah menyatakan kesudian untuk menggantikan tempat sebagai penceramah dan bersedia untuk hadir pada hari yang telah ditetapkan. Ketika itu mereka belum sempat untuk berbincang sebutharga perkhidmatan yang diberikan. Namun memikirkan mungkin Dr.Mashitah bukanlah tokoh yang boleh "dijual-beli" dan "demand" maka mereka memutuskan untuk membuat pembayaran seperti yang telah diputuskan kepada tokoh-tokoh lain yang terdahulu. Seingat Cucu ketika itu Dr.Mashitah belum bergiat cergas dalam politik UMNO lagi.

Arakain, maka berlangsunglah program ceramah kerjaya dan kaunseling dari segi perspektif Islam seperti yang telah dirancangkan. Melihat kehadiran yang memberangsangkan dari kalangan orang ramai dan mahasiswa, kroni Cucu dan jawatankuasa penganjur merasa amat berbangga dan mengucapkan berbanyak terimakasih diatas kesudian Dr.Mashitah untuk hadir.

Diakhir program, setelah majlis makan minum selesai maka tibalah saat yang dinantikan iaitu majlis penyerahan bayaran perkhidmatan kepada penceramah undangan. Majlis tersebut diadakan secara tertutup antara ahli jawatankuasa induk seramai 10 orang dengan Dr.Mashitah. Turut terlibat ialah kroni Cucu yang menjadi tulang belakang majlis tersebut.

Maka dengan tidak disangka-sangka bermulalah... insiden panas yang amat memalukan dan tidak sepatutnya berlaku kepada seorang tokoh terkenal seperti Dr.Mashitah . tambahan pula ketika berhadapan dengan golongan mahasiswa pewaris negara seperti itu.

Insiden panas yang dimaksudkan ialah, Dr.Mashitah telah mencampakkan sampul surat yang berisi cek bayaran ceramah beliau . Cucu tidak hairan jika cek bayaran yang dibuat itu sekitar RM200 atau RM300 !!! Tetapi kabarnya bayaran yang dibuat kepada beliau mencecah RM12,000 ketika itu !!! Bayangkan apakah perasaan kita bila seorang tokoh mencampakkan bayaran yang telah dibuat. Menurut kroni Cucu, sambil mencampakkan cek tersebut Dr.Mashitah sempat mengeluarkan kenyataan yang berbunyi " Awak ingat standard saya hanya banyak itu !! "

Semua ahli jawatankuasa termasuk kroni Cucu amat terkejut dengan apa yang disaksikan. Namun setelah dipujuk dan ditenangkan akhirnya segala insiden dapat diatasi. Mereka berjaya memujuk Dr.Mashitah, dengan mengambil kira mereka tidak memunyai kewangan yang banyak dan kukuh untuk membayar jumlah yang besar sedangkan mereka masih mahasiswa. Jumlah tersebut pun berjaya dipungut hasil jualan tiket yang bertungkus lumus oleh jawatankuasa terbabit. Menurut kroni Cucu, selepas Dr.Mashitah pulang, masing-masing mengelengkkan kepala sambil terkejut dengan apa yang berlaku. Namun dibenak hati masing-masing sudah membayangkan bahawa bukan semua tokoh agama dan motivasi yang berkerja dengan ikhlas demi keredhaan Allah.

Moral of the story dalam kes ini, Cucu rasa elok benarlah orang-orang seperti Dr.Mashitah ini menjadi sebahagian daripada senjata politik UMNO, sememangnya beliau adalah antara tokoh motivasi dan agama kononnya yang cakap tak serupa bikin !!!! Macam lidah ular ...bercabang !! Lihat sahaja dalam sibuk-sibuk beliau menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia mengamalkan semangat kejiranan, toleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain demi mengiratkan sillaturahim.. Tiba-tiba heboh didada akhbar suatu ketika dulu, kisah Dr.Mashitah menyaman seorang jirannya yang merupakan kenalan dan juga tokoh agama / motivasi atas kesalahan yang jelas tidak masuk akal langsung. Walhal perkara itu sepatutnya diadakan perundingan antara kedua-dua belah pihak andainya beliau benar-benar menerapkan apa yang disampaikan kepada orang ramai selama ini.

Bukankah ini jelas membuktikan kepada kita yang Dr.Mashitah tidak layak untuk bergelar tokoh motivasi dan agama sebenarnya. Justeru itu, sama-samalah kita mengambil ikhtibar akan perkara ini. Kepada semua tokoh perjuangan yang sebenar, ayuh bangunlah.. berjuanglah atas keredhaan Allah, dan jangan melihat keuntungan dunia semata-mata. Semoga kita semua akan selamat di dunia dan diakhirat serta iklas dalam perjuangan demi menegakkan agama, bangsa dan negara tercinta ini dari terus dibelenggu oleh ideologi penjajah


ni dr selangordaily

Hassan Ali ialah seorang penceramah dan motivator yang terkenal setelah sering memberi muncul di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). Kemudiannya menjadi seorang motivator profesional hasil populariti yang diraihnya melalui RTM.

Menjadi kurang senang dengan kerajaan bila RTM telah kurang menggunakan khidmatnya kerana menuntut bayaran yang melambung tinggi sebagai pengantara Forum Ehwal Islam setelah beliau merasa dirinya cukup popular

Selain itu beliau juga mencari makan melalui Anwar Ibrahim dengan menjadi penceramah Biro Tata Negara (BTN). Apabila Anwar dipecat, beliau mula menyedari bahawa peluangnya untuk mencari makan dengan RTM dan BTN kian tersepit.

Mencari alternatif untuk terus hidup mewah dengan menjual air liur semata-mata beliau tidak banyak pilihan kecuali mengikut mentornya (Anwar Ibrahim) berpindah kem dari penyokong kerajaan kepada penyokong pembangkang. Namun Hassan Ali menyedari bahawa sekiranya beliau menyertai Keadilan, nyawa pendapatanya tidak lama bergantung kepada sebanyak mana harta-harta Anwar terus kekal dibawah kawalan Anwar.

Menyedari bahawa dengan kebolehan bersyarahnya itu akan memberi pendapatan yang lumayan jika beliau menjadi penceramah Pas maka beliau mengambil keputusan menyertai Pas. Bayangkan seorang penceramah popular seperti beliau dan Mohd sabu dibayar sebanyak RM 2000 untuk satu malam ceramah umum.

Jadi benarkah beliau antikerajaan kerana Islam? Atau beliau sekadar seorang lagi yang mendapat naungan intelektualisme Anwar Ibrahim yang merasa tersepit dengan peristiwa pemecatan Anwar?

Jauh daripada itu, adakah beliau seorang pejuang Islam tulen atau sekadar menggunakan lebel Islam?

Berapakah kos untuk satu atau dua jam ceramahnya? – lebih daripada sara hidup sebulan sebuah keluarga pegawai kerajaan lulusan universiti. Dan berapa pula yuran untuk summer camp seorang anak? Hampir separuh seorang kerani lulusan SPM.

Inikah yang dikatakan perjuangan menegakkan Islam? Inikah wajah dan peribadi seorang intelektual Islam yang ingin menegakkan Islam? Ini adalah wajah syaitan yang mengejar kemewahan hidup atas nama Islam.

Beliau juga dalam satu ceramah, secara berjenaka, mengisytiharkan dirinya keturunan nabi Nabi Muhammad. Oleh itu, sewajarnya beliau menjadi Menteri Besar Selangor.

Inikah bentuk pejuang Islam yang kita umat Islam mahu, yang menjadikan keturunan Rasulullah sebagai bahan lawak jenaka ceramahnya? Apakah wajar salasilah rasulullah dipermainkan sedemikian rupa oleh seorang yang mengaku pejuang yang ingin menegakkan Islam?

Kita sebagai umat Islam biasa pun tidak berani mempermainkan keturunan rasulullah tetapi seorang yang mengaku pejuang Islam ini langsung tidak berasa gementar bila menyebut nama rasulullah apatah lagi sewenang-wenangnya mengaku keturunan Nabi Muhammad s.a.w.



aku pon xtaula...sekian wassalam...